Ahad, 24 Januari 2016

Solat Sunat Dhuha


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.

Hoping this sharing will give some goodness for you, chill.


Solat sunat Dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekitar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu  zuhur . Solat Sunat Dhuha dilakukan 2 ,4 , 6 atau 8 rakaat .

Diriwayatkan daripada Sayidina Ali r.a. katanya ;

 " bahawa Rasulullah s.a.w. bersolat Dhuha enam rakaat pada dua ketika iaitu ketika terbit matahari dua rakaat dan juga tatkala matahari naik pertengahan sedikit, Baginda melakukan sebanyak empat rakaat . "



Cara Solat Dhuha

1- Lafaz Niat


Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha




2- Bacaan Surah Yang Dianjurkan Ulama :


a) Solat Dhuha Dua Rakaat

  • Ayat al - Kursi 10 kali dan Al - Ikhlas 10 kali atau
  • As - Syams dan Ad - Dhuha atau
  • Al - lail dan Al - Insyirah.

b) Solat Dhuha Empat Rakaat

  • Solat Pertama :   As - Syams dan Ad - Dhuha
  • Solat Seterusnya :   Surah al - Kafirun dan Al - Ikhlas



3- Bacaan Sujud Akhir Dibaca Sebanyak 40 Kali


Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha



4- Bacaan Doa Solat Dhuha



Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha



Fadhilat Solat Sunat Dhuha


Solat sunat dhuha banyak fadhilatnya . Justeru itu , lakukanlah setiap hari selagi anda ada kelapangan waktu dan kesihatan yang baik untuk melakukannya . Antara fadhilat melakukan solat sunat Dhuha ;



 Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
 Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
P/S: It's better (afdhal) you perform Solat Sunat Isyraq before Solat Dhuha.


Source: Cetusan Minda

wasalam.


Tiada ulasan: