Sabtu, 6 Februari 2016

Mana Ibu? Mama .


بسم الله الرحمن الرحيم


Hari: Jumaat, minggu balik asrama.
Masa: 12.30 tengahari.

Di sekolah, perempuan. Tingkatan 2. 

Aku tunggu Abah dekat kantin sambil baca buku puisi. Aina (bukan nama sebenar) datang dan kami borak. Terdetik, aku tanya tentang adik beradiknya, rupanya dia anak sulung, dua orang adik beradik. Aku tanya adik dia sekolah dekat mana. Jawabnya Indonesia. Terkejut, jauhnya. Kemudian, dia tunjuk kad balik kampung bahagian biodata 

"Cuba akak tengok ni nama ayah kita ada dua, lain lain". 
Aku blur. Hmm? Eh? Macam mana boleh ada dua?

Adik dorm aku, "Takpela nanti kita cerita dekat akak".

Jawab aku "Okay. Nanti akak tuntut tau hehe" sambil aku tuding jari depan dia.

"Bila?" tanya dia.

Aku "Nanti lepas cuti nila. Tunggu bila akak tak busy, nanti cerita" sejenak.
"Eh cerita sekarang la, bukan akak buat apa apa pun haha".

Dia gelak tengok gelagat aku.

Dia, mukanya suram "Sebenarnya kak, kita sekarang ni duduk dengan mak ayah angkat kita. Mak ayah kandung kita kat Indon".

"Ayah kita lumpuh, lepas tu meninggal dunia masa kita darjah 3. Tinggal mak kita, dengan adik kita je. "

Ya allah Aina.
Bagai nak luruh jantung.
Aku yang selalu dengan dia.
Riak wajah macam budak biasa, takada masalah tapi aku tak tahu tentang ini.


"Lepas tu, mak kita balik indon lepas ayah kita meninggal".

"Mak kita sekarang dah kahwin baru".

Timbul persoalan dari aku "Habis tu, macam mana Aina boleh tinggal dengan mak ayah angkat?".
'Macam mana boleh tinggal dekat sini? Sedangkan Mak dengan adik dia dekat sana?'

Jawab Aina makin lama, makin perlahan "Mak kita tinggalkan kita dekat jiran sebelah, sebab tak cukup duit. Itula mak ayah angkat kita sekarang. Lepas tu, mak kita balik indon dengan adik kita".

"Sebab tu adik kita sekolah sana".

Aku makin sebak " Ya Allah Aina, tabah Aina! Aina belajar elok elok ,, kumpul duit jumpa dengan mak kat sana .." sambil aku usap sungguh sungguh belakangnya.

Dia angguk, sambil tunduk.
Aku tahu dia sedih, ya allah terlalu sedih. 
Bukan semua manusia ada  kekuatan macam dia. 
Kalau aku yang mendengar dah menangis, apatah lagi dia.

Aku tanya "Mak tinggal kat Indon dekat mana?".

"Medan".

Aku tanya "Tak pernah cuba jumpa mak ? Tak, maksud akak jumpa mak kat sana ke?".

Jawabnya "Ada. Duit ada, tapi macam susah pergi sana. Mak pun pernah cuba nak datang sini tapi susah".

Makin banyak aku soalkan "Habis tu, sekarang ni ada call mak tak?". "Pernah jumpa adik tak?".

"Ada. Selalu masa kita minggu balik".

"Tak. Tapi 2 minggu lepas, makcik kita ada bagi gambar adik kita sekarang".

"Ohh, okay latu. Sekurang-kurangnya call kan?".

Dia angguk,

Aku tanya lagi, "Mak kandung Aina panggil apa?" Jawabnya "Ibu"

Tanya lagi "Mak angkat" Jawabnya "Mama".

"Tapi mak angkat kita dengan ayah angkat kita sekarang hubungan diorang .. tak tahulah ".

"Lagipun mak angkat kita ajak keluar rumah bulan 3 ni".

Aku tanya lagi "Mak Ayah Aina dah berkahwin berapa tahun?"

Aina "14 tahun".

Aku "Ada anak?"

Aina "Takada".

'Ohh patutla' dan timbul satu kelegaan dalam diri aku sendiri.

Beratnya ujian Aina.
Hairan macam mana dia boleh tanggung semua ni?
Allahu Robbi.

"Tapi Mak angkat Aina baik kan?" tanya aku.
Aku sambung, "Bersyukur la Aina .. Sekurang kurang Aina dapat sekolah, belajar elok elok. Nanti kalau ada masalah apa apa bagitau akak ".

Jawabnya dengan anggukan.

Aku tanya masa belajar, okay atau tak,  katanya kadang kadang teringat jugak. Kalau Aina dengan kawan kawan tak teringat sangat pasal tu. Kalau sorang sorang tu kadang-kadang teringat.

Dia hanya cerita pada aku dan ahli usrahnya sahaja tentang ini. Tahun lepas, dia rapat dengan ahli dormnya tapi dia sendiri tak pernah nak bercerita tentang ini. Aku nampak kereta biru, aku rasa itu kereta ibu angkatnya. Aku tanya "Itu bukan kereta mak Aina?". Dia mengangguk sambil buat muka hairan. Aku pernah tengok dia balik sebelum ini, sebab itu aku tahu.

Bagi aku, lebih baik orang tak tahu takut jadi fitnah lain pula. Apa yang aku kongsikan ini bukan untuk nak menyalahkan siapa yang terbabit dan buka aib sesiapa tapi aku nak berkongsi supaya kita sedar yang orang di sekeliling kita perlukan bantuan, tanpa kita tahu siapa orangnya. Itulah sebabnya buatlah kebaikan tak kira pada sesiapa pun meskipun dia musuh kita. Ini kisah benar, takada satu yang direka.

Aku sendiri terkejut, ada juga adik adik aku di sekolah lebih payah kehidupannya. Aku sendiri malu, sebab bila aku bandingkan kehidupan aku dengan Aina, hidup aku lebih baik daripada dia tapi aku tak bersyukur, asyik nak merengek. Dan sebenarnya aku malu dengan Pencipta, ya aku malu, teramatlah malu. 

Natijahnya, syukurilah nikmat Allah walaupun sedikit. Moga kehidupan adik adik aku di bawah langit SAM BBST, akan lebih baik nanti tapi syaratnya usaha. Takada  siapa yang boleh ubah hidup kita, melainkan kita sendiri. Insyaallah.

Wasalam.


Tiada ulasan: