بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.
Have you been heard Solat Sunat Isyraq ? Rarely, right. Wani Chechey remind about this.
So last year, we had tazkirah from 'stranger ustaz' after Subuh and he explained.
He's not really stranger actually, he's invitation from Ustazah Faridah hahaa.
This sharing is same to what the ustaz have said, hoping it'll give some goodness to you.
Here we go.
Solat sunat Isyraq ini dilakukan 2 rakaat selepas waktu Syuruk setelah matahari terbit iaitu setelah matahari naik segalah sekitar jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi atau sama seperti waktu solat Dhuha .
Solat sunat Isyarq diberi tempoh jarak masa sebegini selepas waktu Syuruk (terbit matahari) bertujuan supaya solat Isyraq tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Dari Abdullah bin Umar r.a. , katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda :
“Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.” (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata , Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallambersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
Cara Solat Isyraq
1- Lafaz Niat
2- Bacaan Dalam Solat
a) Rakaat Pertama
- al - Fatihah
- al - Kafirun
b) Rakaat Kedua
- al - Fatihah
- al - Ikhlas
3- Doa Solat Sunat Isyraq
P/S: Normally Solat Sunat Isyraq is better (afdhal) perform before Solat Dhuha.
Source: Cetusan Minda.
wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan