بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.
Tarikh: 29 - 30 Januari 2016.
Hari: Jumaat - Sabtu.
Hari: Jumaat - Sabtu.
Tempat: Surau Raudhatul Faizin, SAM BBST.
Matlamat BAKTIE sebenarnya nak betulkan cara solat.
Yang terlibat Tingkatan 1 dan budak luar (outsider).
Itu sepatutnya, tapi disebabkan susah nak kumpul budak luar sekali.
BAKTIE buat keputusan kem untuk Tingkatan 1 - asrama sahaja.
Husna Salsabila, selaku MC.
Tentatif program:
- Buka Majlis
- Bahagi kumpulan & Sesi Ta'aruf
- Klinik Al-Fatehah & Kuiz
- Pertandingan Bacaan Al-Fatehah Terbaik
- Sempurnakan Solat
- Sempurnakan Wudhuk.
- Tutup majlis.
Group aku, akak fasi dan adik Form 1:
Kak Nadia, Kak Puteri, Kak Amibie.
Nad
Fatin
Aisyah
Irdina
Izzah
Untuk Klinik Al-Fatehah, BAKTIE betulkan cara bacaan Surah Al-Fatehah.
Bagi penerangan untuk maksud Surah Al-Fatehah, untuk lebih penghayatan.
Untuk Pertandingan Bacaan Al-Fatehah Terbaik pula , lelaki, perempuan dibuat berasingan.
Segala tarannum keluar hahaa, comel.
Hanya nama pemenang, diannouce secara umum.
Hadiah, di-sponsor Ustazah Faridah.
Sempurnakan solat, wudhuk,
BAKTIE ajar cara untuk solat sempurna, cara masbuk,
cara wudhuk, cara nak jadikan seseorang itu imam.
Kadang kadang, cara solat yang salah itulah jadi bahan gelak, tapi itulah realitinya.
Ambil ibrah(pengajaran) dari kem ini, dan praktikkan dalam solat.
_______________________________________________
Alkisah. Ada satu kelabu asap, sebelum program ini.
Terdetik.
Aku ilmu takada la tinggi mana? Alim pun tidak.
Apatah lagi yang lain. Ni nak jadi akak fasi? Layak ke?
Aku memang outside the line untuk kategori alim.
Hakikatnya aku takut dalam excited.
Excited la, nak jadi akak fasi hahaa.
Tapi disebabkan satu matlamat, didik untuk yakinkan diri.
Matlamatnya:
Akan aku tinggal walaupun satu kebaikan untuk sekolah ini.
Walaupun satu.
Aku pun kutip segala apa ustaz, ustazah ajar,
dari apa yang aku baca,
apa yang aku dengar.
Dah tua kan, mesti banyak pengalaman hahaa.
Aku pun kongsilah dengan adik adik Form 1.
Siti Nadia a.k.a Kak Nadia pun banyak membantu.
Simple.
Sejujurnya, aku sendiri banyak belajar dari Kem Smart Solat ini.
Belajar sempurnakan solat, wudhuk, penghayatan solat.
Jazakallahu khairan kasiiran BAKTIE.
Wasalam.
2 ulasan:
hello puteri aziz , nice to meet you -syakirahjf.- rindu kau weyh ... sob-ii
Casino games - DRMCD
Casino games. We all know about poker. 영천 출장샵 The poker game, or poker, is the main and most 안양 출장안마 popular card game in 파주 출장안마 America, but there are plenty 익산 출장안마 of other 이천 출장안마
Catat Ulasan