Selasa, 5 April 2016

Diari: Buat Puteri Abah,

بسم الله الرحمن الرحيم


Abah: BUAT PUTERI ABAH
Jagalah maruah kamu anakku. Kalau bukan untuk abah, untuk diri kamu sendiri. Puteri abah, kasih sayang abah.
Abah ini bukanlah mampu membeli kereta mahal-mahal jika kamu nakkan ia . Tetapi jika abah mampu, abah akan usahakan. Abah juga tidak mampu membeli handphone beribu harganya buat kamu. Tapi jika abah masih kuat kudrat, abah akan usaha belikan.
Abah ini sudah tua. Tengok lah tangan abah. Dah berkedut. Kulit tapak tangan abah juga sudah keras. Tapi puteri abah, ingatlah, walaupun tangan abah begini, abah akan lindungi puteri abah. Jika ada lelaki yang mengganggumu, dengan tangan ini abah akan menumbuk dia. Jika barangmu yang ingin dibawa masuk ke hostel itu terlalu berat, dengan tangan abah ini, abah akan mengangkatnya. Untuk puteri abah, apalah sangat duit yang abah beri untuk belanja diuniversiti. Kalau yuran dan bukunya mahal sekalipun, abah tak akan kata apa kerana bagi abah, nilai anak abah yang dianugerahkan Allah itu tidak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dengan duit buku yang tebal dengan harga ratusan.
Abah tak kisah sebab abah tahu puteri lebih rindukn arwah mama ..abah ingin juga dengar puteri abah ini kata " rindu abah ". Tapi kalau malu, tak apa lah. Kalau hati puteri abah ini dah rasa rindu kat abah pun dah cukup. Abah gembira dah.
Anak abah, puteri abah, kasih sayang abah, anugerah abah,
Jaga dirimu anakku. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Abah dah buat macam-macam buat kamu. Sanggupkah kamu tengok abah masuk neraka? Walaupun abah sentiasa berusaha gigih supaya kamu dan abah bersama di syurga.
Ajal abah entah bila akan sampai. Abah dah tua. Lama sudah abah hidup. Dari kamu tak boleh cakap, sampailah kamu dah berlari sana-sini masuk dewan kuliah. Entah-entah abah tak sempat tengok kamu kahwin. Tak sempat tengok kamu habis belajar pun. Tapi cukup bagi abah, ada puteri macam kamu. Cantik, baik, pandai dan sayang abah. Kalau abah tak ada sebelah kamu pun, tak apalah. Kasih sayang abah sampai bila-bila ada buat puteri abah.
Abah menangis bila tengok kamu tidur. Menangis sebab terharu melihat kamu membesar dengan baik. Tapi janganlah pulak kamu menangis banyak sangat bila abah tidur panjang. Sebab yang pergi ialah abah, bukan kasih sayang abah. Abah tinggalkan kasih sayang abah buat puteri abah yang manis ini.
Belajar elok-elok. Pilih suami elok-elok. Jaga diri elok-elok. Banyak lagi sebenarnya abah nak cakap. Tapi abah takut, tiba-tiba ajal abah sampai, tak sempat pula abah nak send pesanan abah ini. Sudahlah ye. Abah pergi dulu. Assalamualaikum wahai puteri abah, kasih sayang abah. Abah sayangkan kamu.
Baca lha wahai puteri2 sekalian pasti akn menitis air matamu :')

Salam.

Semalam lipat kain sambil tengok TV dekat hall, Abah hantar ini melalui Whatsapp, aku baca.



Laling (sis keempat) ada dekat sebelah aku, dia tengok aku dengan mata tak berkelip. Nasib dia tak tanya, kenapa. Datang satu idea, Aku test Laling. Aku bagi phone dekat dia, suruh baca. "Laling ni Abah bagi, Abah suruh baca". Dia ambil dan baca. Takada reaksi apa apa dan siap tanya lagi "Siapa arwah mama?". Aku tergelak, mungkin dia fikir sebelum ini, ada mama lain agaknya. Aku cakap dekat dia "Mana ada sapa sapa, itu saja je, manalah tahu Mama meninggal". Laling sambung baca dengan selamba. Tak menangis, tak sebak. Hairan.

Aku tahu, melalui message ini, ada satu benda Abah nak sampaikan.
Insyaallah, aku dapat apa yang tersiratnya.


Wasalam.

Tiada ulasan: