Rabu, 30 Mac 2016

Sekolah Memandu di Sg. Buah, Bangi dan Soalan Latihan Ujian Komputer.


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.

Baru baru ini, aku baru pergi sekolah memandu (driving school), dekat Bangi. Lagipun aku tak buat apa apa kat rumah. Jadi, entry nak terangkan apa, bagaimana, kenapa yang berkaitan untuk ambil lesen.

Ohh, sebelum aku lupa. Sebenarnya aku memang takada transport nak pergi driving school, takada sesiapa nak hantar. Lagipun Mama Abah kerja. Dan Mama bagi tahu aku, nanti ada orang jemput (orang driving school) kat rumah. Dahla tak daftar lagi. Aku dah cuak sebenarnya, sebab Mama kata yang jemput aku lelaki. Entah muda, Entah tua. Jadi, aku tunggu jela pagi esok. 



Ya, aku bernasib baik sebab lelaki itu Pakcik Wan Amar, orang Kelantan, dan yang penting TUA.

Aku siap sembang lagi dengan dia haha.



First time, sampai sana 'Besar jugak tempat ni', dari jauh dah nampak litar untuk praktikal kereta, motor. Pasal daftar, jangan risau ! Sebabnya, Pakcik Wan yang daftarkan haha. Orang lain pun sama sebenarnya. Kerja kita cuma, beratur dekat kaunter, bagi kad pengenalan, bagi cap jari dan akan diberi Buku Memandu, buku tu boleh bawak balik. Itu sahaja. Lepas tu, Pakcik Wan tunjukkan kelas, untuk kelas teori memandu.

Untuk yang tak faham perjalanan ambil lesen, meh aku terangkan.



1. Untuk yang pertama kalinya, ada kelas teori memandu. Lebih kurang kursus untuk pengenalan memandu. Ini dinamakan KPP01, selama 6 jam.

2. Ada ujian komputer (Computer Examination), lulus exam ini akan dapat Lesen L. Bacalah buku memandu untuk lulus ujian, dan buat latihan. Dan ramai yang recommend, buat latihan banyak banyak. Nasihat aku, lebih afdhal baca dulu buku, baru buat latihan. Kalau buat latihan dulu, confirm blur blur.

Certain driving school they'll give you pin number for revision. Bagi yang tak dapat no pin, pergi link ni dan download for revision. Ada banyak soalan yang lebih kurang sama dan boleh semak jawapan.


Download yang link 1 ->> Direct link. Link ni paling senang untuk download.


Bagi sesiapa yang tak pernah install 7zip, wajib install dulu. Dekat file yang download tadi ada installer 7zip, buka file yang download tadi.






Tekan installer 7zip. Bila dah keluar macam dekat atas, tekan Run.


Tekan Run lagi. Lepas tu, nanti keluar Install kan? Tekan Install, then Finish. Okay, dah download.
Lepas ni, boleh la buat revision. Buka file yang download tadi, tekan dekat yang ada gambar buku.



Tekan file Test JPJ.


Lepas tu, tekan dekat KPPTEST.EXE. Nanti tekan Run lagi.


NEW Version Updated 4-4-2016

 Tada! Sebenarnya inilah contoh ujian komputer. Macam nilah rupanya. Buatlah banyak kali soalan dalam ni, sebabnya soalan berbeza beza dan boleh semak jawapan. Bagi yang tak dapat jugak download ini, boleh install kat Play Store / App Store.



3. Belajar tentang teori komponen kereta, Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Sebelum Memandu (RSM), ini dinamakan KPP02. Selama 5jam 30 minit. Ada setengah cikgu dia bagi kertas untuk senang menghafal, ada setengah cikgu dia main cakap, kita kena salin, sebab nanti ada ujian untuk sesi ini, dinamakan Ujian Penilaian (QTI). Selama 30 minit. Ini aku sediakan kertas untuk menghafal RPK, RSM, komponen kereta.








 

 BERSAMBUNG.

Wasalam.

Tiada ulasan: