Rabu, 30 Mac 2016

Sekolah Memandu di Sg. Buah, Bangi dan Soalan Latihan Ujian Komputer.


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.

Baru baru ini, aku baru pergi sekolah memandu (driving school), dekat Bangi. Lagipun aku tak buat apa apa kat rumah. Jadi, entry nak terangkan apa, bagaimana, kenapa yang berkaitan untuk ambil lesen.

Ohh, sebelum aku lupa. Sebenarnya aku memang takada transport nak pergi driving school, takada sesiapa nak hantar. Lagipun Mama Abah kerja. Dan Mama bagi tahu aku, nanti ada orang jemput (orang driving school) kat rumah. Dahla tak daftar lagi. Aku dah cuak sebenarnya, sebab Mama kata yang jemput aku lelaki. Entah muda, Entah tua. Jadi, aku tunggu jela pagi esok. 



Ya, aku bernasib baik sebab lelaki itu Pakcik Wan Amar, orang Kelantan, dan yang penting TUA.

Aku siap sembang lagi dengan dia haha.



First time, sampai sana 'Besar jugak tempat ni', dari jauh dah nampak litar untuk praktikal kereta, motor. Pasal daftar, jangan risau ! Sebabnya, Pakcik Wan yang daftarkan haha. Orang lain pun sama sebenarnya. Kerja kita cuma, beratur dekat kaunter, bagi kad pengenalan, bagi cap jari dan akan diberi Buku Memandu, buku tu boleh bawak balik. Itu sahaja. Lepas tu, Pakcik Wan tunjukkan kelas, untuk kelas teori memandu.

Untuk yang tak faham perjalanan ambil lesen, meh aku terangkan.



1. Untuk yang pertama kalinya, ada kelas teori memandu. Lebih kurang kursus untuk pengenalan memandu. Ini dinamakan KPP01, selama 6 jam.

2. Ada ujian komputer (Computer Examination), lulus exam ini akan dapat Lesen L. Bacalah buku memandu untuk lulus ujian, dan buat latihan. Dan ramai yang recommend, buat latihan banyak banyak. Nasihat aku, lebih afdhal baca dulu buku, baru buat latihan. Kalau buat latihan dulu, confirm blur blur.

Certain driving school they'll give you pin number for revision. Bagi yang tak dapat no pin, pergi link ni dan download for revision. Ada banyak soalan yang lebih kurang sama dan boleh semak jawapan.


Download yang link 1 ->> Direct link. Link ni paling senang untuk download.


Bagi sesiapa yang tak pernah install 7zip, wajib install dulu. Dekat file yang download tadi ada installer 7zip, buka file yang download tadi.






Tekan installer 7zip. Bila dah keluar macam dekat atas, tekan Run.


Tekan Run lagi. Lepas tu, nanti keluar Install kan? Tekan Install, then Finish. Okay, dah download.
Lepas ni, boleh la buat revision. Buka file yang download tadi, tekan dekat yang ada gambar buku.



Tekan file Test JPJ.


Lepas tu, tekan dekat KPPTEST.EXE. Nanti tekan Run lagi.


NEW Version Updated 4-4-2016

 Tada! Sebenarnya inilah contoh ujian komputer. Macam nilah rupanya. Buatlah banyak kali soalan dalam ni, sebabnya soalan berbeza beza dan boleh semak jawapan. Bagi yang tak dapat jugak download ini, boleh install kat Play Store / App Store.



3. Belajar tentang teori komponen kereta, Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Sebelum Memandu (RSM), ini dinamakan KPP02. Selama 5jam 30 minit. Ada setengah cikgu dia bagi kertas untuk senang menghafal, ada setengah cikgu dia main cakap, kita kena salin, sebab nanti ada ujian untuk sesi ini, dinamakan Ujian Penilaian (QTI). Selama 30 minit. Ini aku sediakan kertas untuk menghafal RPK, RSM, komponen kereta.








 

 BERSAMBUNG.

Wasalam.

Ahad, 13 Mac 2016

Success Story - Nur Alia Zainal Abidin


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.
Abah forwarded a mail to me.


Actually I didn't know thoroughly about this. Abah apply this for me and I know nothing.
 Here, I share a succesful story, Nur Alia Zainal Abidin. She's admitted MyPAC programme.





1st Batch of ACCA affiliates under MyPAC Programme.
Alia, who loves reading and baking since high school, is one of the first students to complete her ACCA qualification under the MyPAC programme. She shares with us her inspirations and strengths.


alia-01


1. Tell us about your background?
I did my Diploma and Bachelor’s Degree in Accounting in UiTM. I am the first in my family to pursue ACCA. I just started my career as an Audit Associate in an audit firm, BDO since 1st of July 2015.

2. What motivated you to pursue the ACCA Qualification?
After I graduated from UiTM with a Bachelor’s Degree in Accounting, I realized that there were too many graduates with the same qualification competing to enter the workforce. I needed to have a competitive advantage, and I know ACCA will let me climb the career ladder faster.

3. What were the main challenges you had to face during the course?
I was close to my family, so one of the bigger challenges was being homesick and terribly missing them and friends.  Being Malaysian, I also missed food from home very much. As for my studies, I had  had to take 3 papers per term because of visa requirements so time-management was a challenge. I started revising very early in order to cover the syllabus and practised answering the questions many times. When I came back, I was left with  1 more paper to go, and I was looking for options to complete the ACCA Qualification.



alia-03

 
4. How did you come to know about MyPAC?
I got to know about MyPAC from my dad, and he had received it from a Whatsapp message. I took his advice and went for MyPAC’s first meeting.

5. How has MyPAC helped you with the ACCA qualification?
MyPAC sponsored my online tuition with BPP. The online course was very beneficial to me because the tutors were very helpful whenever I emailed them with questions. The pre-recorded classes had very clear and detailed explanations. Aside from that, MyPAC buddies always motivated me to submit my tests online to BPP and they also constantly asked about my progress. Their constant reminders and engagement really set study pace

6. What are your future plans?
I plan to work in BDO for 3 years and fulfill the ACCA PER (Practical Experience Requirement). I am a Petronas scholar, so, once I am admitted as ACCA and MIA member, I will serve my bond immediately. I plan to join the Internal Audit Department since that is my main passion.

7. What advice would you give to future MyPAC candidates?
Look at failures as opportunity to become better in the future. What sets us apart from other people is how we handle failure. Also, everybody have their own study technique. We shouldn’t follow others, we must choose what suits us best and stick with it.


Source: http://www.mypac.org.my/

Sabtu, 12 Mac 2016

Lepas SPM, Apa Nak Buat Sekarang, IPTA, STAM, Kerja ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.
Setelah 2 bulan, jadi sebahagian STAM.
Beruntunglah buat aku akan ilmu yang Allah beri walau sementara.
Ya, aku rindu semuanya.
Rindu.

Kalau ikutkan tahun lepas, memang keinginannya jadi sebahagian STAM.
Dan dari awal aku tahu STAM bukan sebarangan ilmu, bukan untuk dimegah sebab kain hitam.
Tapi ilmu ini berkait hubungan dengan Allah, sebab itu hafalan penting untuk dijaga.
Kalau hubungan kita dengan manusia buruk, tak mustahil akan terkesan pada keputusan peperiksaan atau seumur hidup kita.




"Ilmu itu bukanlah ilmu selagi ia tak menyentuh hati. Hanya menjadi informasi atau lebih teruk menjadi data pada diri.

"Ilmu yang menyentuh hati ialah ilmu yang akan diamalkan. Ilmu yang menjadi informasi ialah ilmu yang hanya sekadar tahu, dan ilmu yang menjadi data ialah ilmu yang hanya didengari."

-Kakngah-




Ini bukan bermakna ilmu duniawi itu tak penting, setiap ilmu itu perlu dihormat.

Satu kepelikan, bila Teacher tegur Taufiq "Kenapa awak cium buku MUET macam AlQuran?".

Kalau nak ikutkan apa yang aku belajar, ustaz memang suruh cium buku, contoh kalau buku jatuh.
Kita cium buku sebab isinya ilmu, bukan sebab dia setanding dengan AlQuran.
Ilmu duniawi, cukup hanya sekali kita cium. Kalau ukhrawi, sekadar tiga kali cium pun dah mencukupi.
Sebagai tanda hormat pada ilmu.
Aku sedar lepas SPM setiap keputusan bukan sebarangan, ia penentuan seumur hidup.
Jadi, aku ISTIKHARAH.

Seminggu sebelum keputusan SPM, musolla memang tempat untuk aku muhasabah, fikir.
Terpa satu perasaan hiba tiba tiba, "Kenapa aku rasa minggu ni, minggu last aku duduk musolla?". Dekat 4 tahun, aku jadikan musolla tempat bertapa, dan tak lama lagi jadi satu kerinduan.

Aku pun ikhtiar, tanya pendapat orang lain terutamanya kawan.
Pendapat Adriana "Aku rasa kau better teruskan akaun kau tu. Kau bukan minat sangat ke dengan akaun? Dah buat istikharah belum?".

Jawab aku "Dah", "Entahlah, hati aku pun rasa aku macam tak ambik STAM".
"Tak baik abaikan petunjuk Allah, mana tahu itu jawapannya" Adriana. Hati tersentak. Aku membatu.
Diam, fikir 'mungkin'.

3 Mac, keputusan SPM, tanpa Mama dan Abah teman. Tipu tak sedih.
 'Takpa tak kisah' (Acah tak kisah).

Alhamdulillah, nangis nangis tengok result haha.
'Kalau la Mama Abah ada'

Dalam perjalanan balik rumah, Mama tanya "Nak habiskan STAM ke tak?"
Baru aku sedar, buat keputusan bukannya senang.
 Yalah, mana tahu benda yang kita taknak itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya.

"Tak rasanya, tak mampu nak bawak sampai habis".
"Lagipun kakak belajar pun, entahlah, jadi resah, boleh bawak ke tak, masuk tak masuk je belajar".
"Lagipun periksanya nanti straight, takada selang hari pun, berapa subjek sehari nak kena hafal, kalau SMA okay lagi kakak bawak, ada selang selang hari".

Betul kata ustaz, STAM ini orang orang yang terpilih, malangnya bukan aku.
STAM ini jalan singkat untuk ke Mesir.
Dari dulu lagi memang niat untuk ke Timur Tengah, tapi banyak kekangan.
Lagipun Mama tak izinkan sebab jauh, kosnya lagi dan takada bidang sesuai untuk aku.
Mana tahu rezeki bukan untuk belajar, tapi bercuti kat sana kan? Manala tahu.

Untuk sekarang, 'Full time Bibik'.
Pagi, bangun isi botol air, bersihkan dekat porch, siram pokok bunga, tengok TV jap, kemas rumah,
jemur baju, tengok tv lagi, masak tengahari, dan rehat, penat.
Masa cuti ni, kalau aku rajin la, aku cuba masak benda yang aku tak pernah, macam Kari Ayam.
Mula masak agak awal sebab aku takut Kari Ayam tak menjadi haha.

I have an effort to cooking even I never help Mama in the kitchen, I try cook by myself.

Sebelum ini, Mama bagi cadangan untuk mantapkan Bahasa Inggeris. 
Ikhtiarnya, cari kursus pendek Bahasa Inggeris. 
Esoknya, hasil perbincangan Mama dan kawannya, batalkan saja niat suci itu.
Sebabnya bahaya, muridnya ada 2 orang, aku dan sorang budak laki, sebaya. 
Cikgunya laki. Kau rasa?
Dan terdetik dalam otak sebesar genggaman 'Mama cerita pasal aku dekat kawan dia ke?'.

Dan kawan Mama cadangkan bekerja tadika bagai bagai, sebab anak lelaki dia pun kerja Mc'D dekat taman sebelah niha, sekurangnya dapat merasa duit sendiri. 
Jari panjang ini pun dengan gigih mencari kerja, search internet
Syaratnya, dekat dengan rumah senang nak hantar. Dah alang alang Mama pergi kerja, boleh aku tumpang sekaki.

Hasil cari dan gali, aku dapat satu kerja, dan akan ditemuduga. Dan aku pergi.
Pertama kali untuk seumur hidup, pergi temuduga untuk kerja. Tak percaya, diri dah dewasa.
Mama teman. 
Dia bagi satu kertas soalan yang akan ditanya masa temuduga, diperlukan untuk aku sediakan jawapan. Dengan resahnya aku cari jawapan, aku cuba tanya Mama haha. 
"Jawab la sendiri, nanti kerja kena tanggungjawab sendiri bukan Mama", Ohh sentap.
Tanpa buang masa, aku sambung cari.
 Dijemputlah aku, bilik temuduga. "Tunggu kejap ya? Tunggu bos sekejap."
Ohh mak luruh jantung aku, takut. 
*kreekk* pintu buka, bos datang.
 'Nasib perempuan'.

Tanya punya tanya, aku pun terang latar belakang, sekolah bagai bagai. 
Dan seterusnya, jadi sembang mak mak.
Kesimpulan ringkas, "Temuduga macam ni jeke? Sembang macam ni? Senangnya".
Otak budak fresh katakan.
Hasilnya? Aku tak dapat kerja.
Satu sebabnya, takada transport. 
Dua sebabnya, diorang kata keputusan SPM aku bagus, lagipun kalau aku kerja mesti 1/2 bulan je, nanti berhenti pulak, lepas itu nak cari pekerja baru lagi. 
Tiga sebabnya, dia nak pekerja full time. Hari itu aku call, aku kata kerja full time. 
Sebab itu dia tanya aku "Taknak sambung belajar ke?" sebab aku kata nak kerja full time. 
Jahil. Memalukan tapi takapa.

Pengalaman mematangkan kita.
Kalau aku dapat kerja itu, nanti aku jadi pembantu guru. 
 Sejujurnya, banyak masa terluang tapi diluangkan dengan Triplet's House, Descendent of The Sun dan seangkatan dengannya.
Jadi, buat masa ini hanya driving lesson. Hari Rabu, Sabtu, Ahad. Selebihnya, 'Full Time Bibik'.


Memang banyak tawaran,terutama swasta, tak dapat dinafikan.
Kalau ikut Mama, Abah diorang memang nak dekat dekat dengan rumah, KUIS, USIM, UKM.
Kalau IPTA tak dapat, insyaallah KUIS tempatnya.
KUIS dari rumah aku, naik basikal pun sampai, tak sampai 5 minit pun.
Bayangkanlah betapa dekatnya.

Bak kata Mama "Jadi satu kerja pulak nak menghantar jauh jauh".
Sebenarnya, Mama tak boleh pisah dengan anak dia sebelum anak dia kahwin haha.
Almaklumlah ada sorang je anak laki.
Setelah angan jadi doktor diragut, aku beralih pada accounting. Kebanyakan accounting aku pilih.
Alhamdulillah, aku minat dan suka.
Alhamdulillah juga, akaun A, masa Trial SPM C+ kot. 
Cuma BI aku risau hadoii, teghukk benor.

Sebenarnya aku nak tanya pasal accounting ini, tapi aku tak tahu satu habuk pun senior yang ambik account.
What a life?


Doa dipermudahkan, temuduga DQ 7/4/2016.

Wasalam.

Isnin, 7 Mac 2016

Najihah Khalid, Senior manager, Ernst & Young, Malaysia.



بسم الله الرحمن الرحيم  

Salam.
Sharing some experience from senior Najihah Khalid, ACCA member.





 Najihah Khalid, Senior manager, Ernst & Young, Malaysia.


For Najihah Khalid, becoming an ACCA member is one of her proudest achievements. Now senior manager in the assurance division at Ernst & Young in Malaysia, she tells us about her career and the secrets to a successful audit. ‘After I completed my degree, I didn’t feel I had enough competitive advantage when applying for jobs in accounting’ says Najihah Khalid. ‘So I dedicated another year to my studies and completed the exam component of the ACCA Qualification.’ As a full-time student, Najihah attended classes five days each week. ‘Attending classes was invaluable because the lecturers shared their knowledge and experiences,’ she says. ‘My classmates and I would meet to discuss what we had learned that day, and to compare notes. Then we’d go back the following day and ask the lecturer to clarify any points we had missed or couldn’t resolve between us.’ Gaining the ACCA Qualification in 2004 was among Najihah’s proudest achievements so far: ‘It certainly enhances an accounting degree and implies a certain level of technical competence, so employers tend to have confidence in your ability. The ACCA Qualification lends credibility and I’m proud to have achieved it. As a senior manager in the assurance division at Ernst & Young – where she has worked since 2002 – Najihah spends much of her time on statutory audit, focusing on the oil and gas industry. The nature of her work requires not only impeccable technical ability but also good communication skills since much of her work is client-facing. ‘My day is always hectic and driven by efficiency,’ says Najihah. ‘It’s largely focused on client relationships. We have regular meetings, many of which are external. At least two days of my week are spent meeting with clients to discuss the progress of their audit and inform them of any updates to accounting standards that may impact them. To do this effectively, clients have to trust you – they have to trust your ability and knowledge.’ Najihah believes information-sharing and clarity is vital to a successful audit. She and her team agree on the audit approach upfront, taking into account the requirements of the latest applicable accounting and auditing standards. ‘We discuss this with clients so they may better understand the standards from our perspective,’ she says. Another thing Najihah believes is key to a successful audit is keeping up to date on world events – not just for personal enrichment but because ‘world events are often the kind of topics that act as ice-breakers when meeting clients’. She says an ability to discuss events that unite disparate cultures often goes a long way to establishing a good rapport with the client. ‘I would advise anyone considering applying for the ACCA Qualification to just do it,’ says Najihah. ‘The knowledge gained from the course is second to none. But students must be realistic as well: the standards are high and it’s not an easy qualification to complete, so commitment is crucial. More importantly, though, you must have an interest at heart. Doing it for the sake of doing it is pointless.’ Najihah is the epitome of positive thinking. ‘Impossible is nothing – and nothing is impossible,’ she says. ‘When faced with the pressures of studying, it’s easy to feel overwhelmed, but you must always remind yourself that everything is possible when you set your mind to it.’

Source: International - Najihah Khalid, Senior Manager, Ernst Young, Malaysia.

Ahad, 6 Mac 2016

Senarai Ijazah Perakaunan yang Diiktiraf MIA.


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.
Untuk pengetahuan, senarai Ijazah Perakaunan yang diiktiraf MIA 2016.


 Bagi pemegang Ijazah luar negara, mereka perlu menjadi mana-mana badan seperti dibawah:

Sumber: MIA Qualifying