Rabu, 26 November 2014

Tips for Student Before & After Public Exam.


Salam.
As student mesti struggle gila nak dapat result meninggi bak langit kan?
So, here aku 'll share a tips.

Aku dapat ni tazkirah lepas Maghrib kat hostel haha.
Tak semua aku dapat share sebab tulisan aku cincai bincai hihi.
Aku akan explain apa yang aku ingat je.

___________________________________________________

1st, baca Al-quran 200 ayat. 


________________________________________________________

2nd, bangun sebelum Subuh.

[Ustazah cakap: Setiap kali kita tidur ada 3 lilitan kat badan kita. Tak ingat lilitan apa maybe lilitan yang buat susah kita nak bangun. So, untuk huraikan that things u kena 

1. baca doa bangun tidur. 


2. wudhuk.

3. solat sunat. 
[Whatever kind of solat sunat]

_________________________________________________________

3rd, selawat & zikir.

- selawat & zikir penting sangat untuk perempuan yang uzur syarie.

- zikir paling common pun "Astaghfirullah".

- kalau boleh perkataan "وهاب" guna selalu dalam doa.

- monolog dengan Allah. Kiranya lebih kurang muhasabah diri la.
"Siapa aku ini Ya Allah pada engkau?"

_________________________________________________

4th, wajib kan solat sunat sebelum subuh (solat sunat qobliyah)

_________________________________________________

5th, lepas Subuh jangan tidur! 

Kalau nak tidur, tidur lepas buat Solat Dhuha, lepas baca Surah Al-Waqiah 
& lepas kau doa jadi Jutawan yang diberkati hehe.

[Ikut pengetahuan aku la, Surah Al-Waqiah adalah pembuka pintu rahmat
&rezeki sebab tu kena baca waktu pagi]

Mesti Istiqomah (berterusan).

__________________________________________________

6th, Solat Tahajjud 2/3 malam . Lebih kurang 2:30 pagi.

- syaratnya kena Istiqomah jugak.

Untuk Istiqomah, ustazah tu kata sebelum tidur tepuk bantal / bagi tahu kat bahu korang (raqib/atid)
"Esok kejut aku bangun Tahajjud!".

Yakin. Tak ada yang mustahil.

[Kalau yang penakut pahit tu, yang tiba tiba teringat cerita, time nak bagi salam tiba tiba nampak Sweet Candy (Pochong) kat sebelah, bangun la sebelum Subuh. Normally benda ni tak ada dalam pukul 4:30 pagi]

________________________________________________________

Surah-surah wajib baca untuk murah rezeki

- baca surah Yasin. 5 kali setiap kali lepas solat fardu.
[Ikut apa yang aku tahu lagi, surah Yasin menyenangkan kita nak menghafal]

-surah Ar-Rahman lepas Asar.

-surah Al-Mulk sebelum tidur.

-surah Al-Waqiah lepas solat Dhuha.

____________________________________________________

Diwajibkan kepada 

ArRijal (lelaki) untuk solat jemaah & pergi masjid.

Nisa' pun wajib berjemaah walaupun 2 orang. 
[Duduk rumah berjemaah la dengan adik adik tu]

Hubungkan silaturrahim. Biasakan senyuman. Biasakan السلام عليكم. Biasakan الحمد لله.

____________________________________________________

-Biasakan bersedekah even tenaga sekalipun, buang م ا ل س.

-Kerja nanti, 10% gaji kita tujuan untuk sedekah. 
[Yang ni aku tak ingat termasuk dalam zakat / tak]

-Solat awal waktu. Saf pertama. Dapat syafaat.

Ustazah pesan: Kita kan selalu mintak panjang umur kan, betul tak? 
Ustazah cakap jangan minta panjang umur, kalau tua nanti menyusahkan orang. 

So, doa yang betul
"Ya وهاب,  panjangkan umur ku, ibu bapaku, keturunanku, muslimin dan muslimat dalam iman dan keberkatan".

__________________________________________________

Time keluar result exam nanti kena berserah (tawakal).

[Bayangkan sebatang pokok kayu balak. Kau nak tebang pokok tu.
Kau doa sungguh sungguh bagai pokok nak tumbang. 
Ur effort is Z to the E to the R to the O. 
Gergaji pun tak ada. Apatah lagi kau tebang pokok tu.
Nescaya pokok tu takkan tumbang forever after]


Kadang kadang result kita tak sepadan dengan usaha kita. Memang frust tahap berasap kepala.
Kena ingat "Jodoh Maut Rezeki kita di tangan Allah".

"Milik kita belum tentu rezeki kita"

One more thing, ustazah bagi 1 cabaran khususnya untuk lelaki.
- lelaki kena pandai urus jenazah. 

That's all.

Huh. Penat aku type. 
Conclusion-nya, sebelum & selepas exam korang kena bajet bajet baik sikit hihi.

Kalau korang Istiqomah sampai bila bila, ada chance kahwin awal choo haha.
Bersinar bak disuluh torch light pada wajahnya.
[subjek Balaghah]

Mustahil nak berubah dalam masa singkat. Slow motion jadi ur moto for now hihi.


wasalam.
Muchlove.